JANGAN MEMPERTIKAI

Kau berapa lama dah sakit tak elok-elok, tengok kau macam ok saja.

Soalan yang membuatkan pesakit mental bertambah mental, tak tahu macam mana nak terangkan. Kalau demam boleh tunjuk suhu tinggi, kalau selsema boleh biarkan hingus tu meleleh. Ini sakit Yang tak nampak dimata, tapi dirasai Oleh pesakit tersebut. Rasa macam nak mati, sesak nafas, takut nak berjumpa orang dll memang dirasai bukan dibuat-buat.

Aku dah sembuh tak makan ubat pun, kau Tak payah makan ubat nanti lagi teruk.

Ya, ada yang boleh tanpa ubat tapi ada Yang perlu ubat. Setiap orang lain kebolehupayaan. Rawatan alternatif pun boleh cuba asalkan kita ikhtiar. Takkan nak duduk meratapi sakit saja. Lagi satu sakit seperti Anxiety, panic, depression akan relapsed atau setback. Dimana ianya akan lagi teruk dari Yang pertama atau kedua.

Macam mana nak tolong orang Yang ada sakit macam tu.

Ziarah, tanya khabar, dengar luahan, doakan kesihatan mereka.
Antara kelebihan melawat orang sakit :

Pahala melawat orang sakit lebih besar daripada melawat orang yang meninggal dunia.

Dlm hadis lain, hadis Dailami daripada Ibnu Umar, ziarah orang sakit itu terlebih besar daripada mengunjungi jenazah kerana ia mampu menceriakan orang sakit dan ahlinya (keluarga orang sakit).

Hal ini kerana, melawat orang yang sakit itu terkadang ia dapat memberi kekuatan kepada orang sakit untuk cepat sembuh.
(Rujukan Ihya' Ulumiddin)

70 ribu Malaikat mendoakan rahmat kepada orang yang melawat orang sakit supaya diberi rahmat olehNya.

Rasulullah S.A.W. bersabda :
إِذَا عَادَ الرَّجُلُ أَخَاهُ الْمُسْلِمَ مَشَى فِيْ خِرَافَةِ الْجَنَّةِ حَتَّى يَجْلِسَ فَإِذَا جَلَسَ غَمَرَتْهُ الرَّحْمَةُ، فَإِنْ كَانَ غُدْوَةً صَلَّى عَلَيْهِ سَبْعُوْنَ أَلْفَ مَلَكٍ حَتَّى يُمْسِيَ، وَإِنْ كَانَ مَسَاءً صَلَّى عَلَيْهِ سَبْعُوْنَ أَلْفَ مَلَكٍ حَتَّى يُصْبِحَ
Ertinya : "Barang siapa menziarahi saudara se-Islamnya yang sakit, maka (perjalanannya ke rumah orang sakit itu seakan-akan) ia berjalan sambil memetik buah-buahan syurga sehingga ia duduk (yakni duduk di rumah pesakit), apabila ia duduk, maka rahmat yang banyak diturunkan kepadanya. Apabila ia menziarahi di pagi hari, maka 70 ribu malaikat mendoakannya untuk mendapat rahmat sehingga ke petang. Apabila ia menziarahi pada waktu petang, 70 ribu malaikat mendoakannya untuk emdapat rahmat sehingga ke pagi" .
[Hadis Riwayat : at-Tirmidzi, Ibn Majah & Imam Ahmad]

Mendapat rahmat sepanjang perjalan pergi dan balik ke tempat pesakit seperti berada di kebun-kebun Syurga.

Rasulullah S.A.W. bersabda :
"Barang siapa yang ziarah orang sakit(se-Islam), seolah-olah ia berada dalam 'Kharfah' sehingga ia pulang (ke rumahnya)" . Baginda ditanya : "Wahai Rasulullah, apakah yang dimaksudkan dengan 'Kharfah' ?" . Sabda Rasulullah S.A.W. : "Iaitu kebun-kebun di Syurga" .
[Hadis Riwayat : Muslim]

#keepfighting
#absfamily

Comments

Popular Posts