PANIC ATTACK @ SERANGAN PANIK
PANIC ATTACK @ SERANGAN PANIK
Serangan Panik datang tanpa apa-apa petanda dan secara tiba-tiba. Ianya melibatkan ketakutan, kecemasan Yang keterlaluan. Serangan panik biasanya datang dengan pakej simptom sakit fizikal Yang benar-benar dirasai dan menakutkan. Simptom seperti jantung terlalu laju, sesak nafas, rasa mual, pening seperti melayang, dada terasa ketat, rasa seperti nak mati juga akan dirasai.
Serangan panik menyerang dari 5 ke 30minit dan mungkin akan berulang kali pada 1 hari bergantung pada individu. Setelah diserang, individu akan merasai kepenatan, kelesuan seolah-olah baru melakukan perkerjaan Yang berat.
Kenal pasti apa Yang membuatkan anda ‘trigger’ panik. Cuba hadapi. Lakukan ‘deep breathing technique’, ‘slow breathing technique’, buat sambil pejamkan mata, muscle relaxation, kalau ada ubat Anti-Anxiety seperti alprazolam boleh juga Dimakan. Tetapi makan bila betul-betul memerlukan sahaja kerana ubat anti-Anxiety boleh menyebabkan ketagihan.
Sekiranya pasangan, ahli keluarga atau rakan-rakan sedang mengalami serangan panik, anda boleh membantu dengan cara seperti, berada disisi mereka, jangan bertanya banyak soalan, jangan berkata perkara negatif, cadangkan mereka ke tempat Yang dirasakan tenang berdekatan dan pastikan mereka berada pada Penglihatan anda.
#keepfighting
#absfamily
#absfamily
Comments
Post a Comment